Alam bina merupakan satu set adaptasi manusia ke atas alam geografi, penghayatan dan budaya.

 Ia mengandungi rupa bentuk binaan sesuatu tempat atau bandar, fabrik fizikalnya dan susun atur ruang yang membentuk persekitaran fizikal.

Dengan kata lain, bidang alam bina merupakan ruangan yang wujud serta dapat dilihat dengan mata kasar, misalnya tapak binaan rumah dan bangunan. 

Bidang kerja alam bina juga melibatkan sekumpulan profesional dalam memastikan kerja-kerja yang dijalankan itu dapat disiapkan dengan sempurna.

Bidang alam bina merupakan salah satu bidang yang amat penting dalam sesebuah negara.